Last updated: 8 November 2026
Terms of Service
These terms are an agreement between you and NASZ Studio, the operator of Nazarte. By creating an account or using nazarte.my, you agree to them. If you do not agree, please do not use Nazarte.
1. Who can use Nazarte
You must be 13 or older. If you are under 18, you need a parent or guardian's permission to top up. One account is for one person. Keep your password private; you are responsible for activity on your account.
2. Credits
- Every generation uses credits. The Studio shows the credit cost before you press generate.
- Credits never expire.
- If a generation fails, its credits are returned automatically.
- Credits have no cash value, cannot be transferred to another account, and are not refundable as money, except where Malaysian consumer law says otherwise.
- We may change how many credits a model costs, for example when a provider changes its price. The new cost is always shown before you generate, and credits already in your account are never taken away.
3. Top-ups
Top-ups are one-off payments, not a subscription, and never charge you automatically. Every credit has the same fixed price, whichever pack you choose. We may change packs, prices or add bonuses for future top-ups, but never for credits you have already bought.
4. Your content
You keep the rights to your prompts and uploads. Subject to these terms and the law, you may use the images and videos you generate for any purpose, including commercial work. You give us permission to store and process your content only to run the service for you. We will not use your content in our marketing without your permission.
AI results can be imperfect or similar to other people's results. Check what you publish, and you are responsible for how you use it.
5. What you must not do
- Create or upload anything illegal, or any sexual content involving minors.
- Create sexual or intimate images of a real person, or deepfakes meant to deceive, harass or harm someone.
- Upload content you do not have the right to use, or infringe someone's copyright or trademark.
- Use Nazarte for hate, threats, scams or harassment.
- Upload malware, attack the service, share your account, or use bots or scripts to abuse it (the official API is allowed within its limits).
We may block a request, remove content, or suspend an account that breaks these rules.
6. The service
We work hard to keep Nazarte running, but we cannot promise it will always be available, error-free, or that every model will stay available. Generation times are estimates. To the extent the law allows, Nazarte is provided "as is", and our total liability to you is limited to the amount you paid us in the 3 months before the claim.
7. Closing your account
You can ask us to delete your account at any time by emailing barengdark11@gmail.com. Unused credits are lost when an account is deleted. See the Privacy Policy for what happens to your data.
8. Changes and law
We may update these terms. If the change is important, we will tell you in the Studio or by email before it applies. These terms are governed by the laws of Malaysia.
Kemas kini terakhir: 8 November 2026
Terma Perkhidmatan
Terma ini ialah perjanjian antara anda dan NASZ Studio, pengendali Nazarte. Dengan mencipta akaun atau menggunakan nazarte.my, anda bersetuju dengan terma ini. Jika anda tidak setuju, sila jangan guna Nazarte.
1. Siapa boleh guna Nazarte
Anda mesti berumur 13 tahun ke atas. Jika anda bawah 18 tahun, anda perlukan izin ibu bapa atau penjaga untuk top-up. Satu akaun untuk satu orang. Simpan password anda secara peribadi; anda bertanggungjawab atas aktiviti dalam akaun anda.
2. Kredit
- Setiap penjanaan menggunakan kredit. Studio menunjukkan kos kredit sebelum anda tekan jana.
- Kredit tidak pernah luput.
- Jika penjanaan gagal, kreditnya dipulangkan secara automatik.
- Kredit tiada nilai tunai, tidak boleh dipindahkan ke akaun lain, dan tidak boleh ditukar balik kepada wang, kecuali jika undang-undang pengguna Malaysia menetapkan sebaliknya.
- Kami mungkin mengubah kos kredit sesuatu model, contohnya bila penyedia menukar harga. Kos baharu sentiasa ditunjukkan sebelum anda jana, dan kredit yang sudah ada dalam akaun anda tidak akan ditarik balik.
3. Top-up dan kredit bonus
Top-up ialah bayaran sekali, bukan langganan, dan tidak pernah mengecaj anda secara automatik. Setiap kredit mempunyai harga tetap yang sama. Pakej top-up yang lebih besar termasuk kredit bonus selain kredit yang anda bayar. Kami mungkin mengubah pakej atau bonus untuk top-up akan datang, tetapi tidak sekali-kali untuk kredit yang sudah anda beli.
4. Kandungan anda
Anda kekal memiliki hak atas prompt dan fail muat naik anda. Tertakluk kepada terma ini dan undang-undang, anda boleh guna gambar dan video yang anda jana untuk apa-apa tujuan, termasuk kerja komersial. Anda beri kami izin untuk menyimpan dan memproses kandungan anda hanya untuk menjalankan servis ini untuk anda. Kami tidak akan guna kandungan anda dalam pemasaran kami tanpa izin anda.
Hasil AI mungkin tidak sempurna atau mirip hasil orang lain. Semak apa yang anda terbitkan; anda bertanggungjawab atas cara anda menggunakannya.
5. Perkara yang dilarang
- Mencipta atau memuat naik apa-apa yang menyalahi undang-undang, atau kandungan seksual yang melibatkan kanak-kanak.
- Mencipta gambar seksual atau intim seseorang yang wujud, atau deepfake untuk menipu, mengganggu atau memudaratkan orang.
- Memuat naik kandungan yang anda tiada hak untuk guna, atau melanggar hak cipta atau tanda dagangan orang lain.
- Menggunakan Nazarte untuk kebencian, ugutan, penipuan atau gangguan.
- Memuat naik malware, menyerang servis, berkongsi akaun, atau guna bot atau skrip untuk menyalahgunakannya (API rasmi dibenarkan dalam hadnya).
Kami boleh menyekat permintaan, membuang kandungan atau menggantung akaun yang melanggar peraturan ini.
6. Servis
Kami berusaha memastikan Nazarte sentiasa berjalan, tetapi kami tidak dapat menjamin ia sentiasa tersedia, bebas ralat, atau setiap model akan kekal ada. Masa penjanaan ialah anggaran. Setakat yang dibenarkan undang-undang, Nazarte disediakan "seadanya", dan jumlah liabiliti kami kepada anda terhad kepada jumlah yang anda bayar kepada kami dalam 3 bulan sebelum tuntutan.
7. Menutup akaun
Anda boleh minta akaun anda dipadam pada bila-bila masa dengan email ke barengdark11@gmail.com. Kredit yang belum digunakan akan hilang bila akaun dipadam. Lihat Dasar Privasi tentang apa yang berlaku kepada data anda.
8. Perubahan dan undang-undang
Kami mungkin mengemas kini terma ini. Jika perubahan itu penting, kami akan maklumkan dalam Studio atau melalui email sebelum ia berkuat kuasa. Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.